Youri Tielemans
Youri Tielemans

Youri Tielemans

Youri Marion A. Tielemans[3] (lahir 7 Mei 1997) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi pemain tengah bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dan pasukan kebangsaan Belgium.Tielemans telah memulakan kariernya di Anderlecht, di mana beliau telah melakukan 185 penampilan rasmi dan menjaringkan 35 gol sepanjang empat musimnya di sana. Beliau turut berjaya meraih dua gelaran liga dan pada tahun 2017, beliau telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Belgium. Beliau merupakan pemain Belgium termuda untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah dengan melakukan penampilan sulungnya pada usia 16 tahun dan 148 hari. Selepas menghabiskan dua musim di Monaco, beliau berpindah ke Leicester pada 2019. Pada mulanya, sebagai pemain pinjaman, namun beliau akhirnya berpindah tetap dengan nilai perpindahan sebanyak 32 juta euro. Tielemans mewakili Belgium di pelbagai peringkat remaja sebelum melakukan kemunculan sulungnya untuk pasukan senior pada November 2016 iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Belgium yang merebut tempat ketiga dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

Rujukan

WikiPedia: Youri Tielemans http://static.belgianfootball.be/project/publiek/j... http://clubbrugge.be/en/news/game-reports/17958/cl... http://www.dhnet.be/sports/football/division-1a/ga... http://www.hln.be/hln/nl/1284/Anderlecht/article/d... http://www.hln.be/hln/nl/1284/Voetbal/article/deta... http://www.hln.be/hln/nl/1299/Ligue-1/article/deta... http://sporza.be/cm/sporza/matchcenter/mc_voetbal/... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.skysports.com/football/news/11095/10052...